Khamis, 27 September 2007
sambil menjeling...
sambil mengendong adik di belakang
puas ku jeling2, dah puas ku pandang2
akhirnya sekali lagi masaku bakal terbuang
warrrggghhh!!!!
siapa kata yang disebutkan penagih ni cuma penagih dadah aje?siapa?semua benda boleh buat orang jadi penagih..isk isk..aku seorang penagih rupanye..bak kata akak aku, gila pun ada bermacam jenis jugak..ada gila buat amuk, ada jugak gila bola (jgn terasa wehh)..
penagih pun ada banyak jenis jugak..ada ketagih rokok (bukan kamu,insyaAllah!)..ada pula yg ketagih main game...dan diriku hari ni..ketagih bukak komputer!..apa la si annas nih!!!asal free je, tangan capai komputer..asal free je,tercongok depan komputer...ishhhhh
walau bagi sesetengah orang,mungkin komputer bukan apa2..tapi bagi aku benda ni macam parasit la..selalu mengganggu waktu aku..hehe..(padahalnya diri sendiri yg salah)...ye la,beliau selalu menggoda aku nih..haha..macam dalam citer pak kordi pulak dah..
astaghfiruLlah..masa yg cukup berharga di bulan pose ni sudah banyak disia2kan..sedangkan masa tu bukan senang nak dihargai..kalau gula dan minyak naik harga,semua penduduk bumi ni dah naik pening dan mengamuk..tapi masa yang memang dari dulu lagi tinggi harganya,takde siapa yang peduli..
kalau la masa pandai menyanyi,agaknya ni la nyanyian beliau..
"tolong kami..tolong kamu..kami ini bakal berlalu..
sudah pergi..takde lagi..kamu juga gigit jari..
duhai insan..sama ingat..masa bagai nyawa sendiri.."
(nyanyi ikut nada lagu anak yatim nyanyian P.Ramlee tuh)
demikian la cerita masa..yg sudah sering menusuk telinga aku..sejak kecik sampai besar..dari sekolah rendah sampai universiti..(asal nak exam je..ada la yg citer pasal masa,kan?)..so ingat2 la sendiri..
selamat berpuasa..dan mengejar pahala kebajikan...
Isnin, 24 September 2007
weii
tak larat cikgu..
~nape tak larat?
puasa cikgu..
~nape,orang lain tak puasa ke?
puasa jugak cikgu..
~dah tu,nape awak aje yang tak larat?
cikgu ni banyak tanye la..
gedebikkk..
#moral dari ntah apa2 nih..
!: puasa bukan penghalang utk lakukan kerja.
@: banyak sgt btanya kadang2 blh bawa duka.
#: murid2 jgn kurang ajar dgn cikgu.
$: cikgu2 jgn mudah naik darah di bulan mulia ni.
%: sila abaikan entry ni jika ia tdk memberi apa2 pengertian kpd anda..
Sabtu, 15 September 2007
apa nak wat tajuknye ye?
seminggu ni asyik hujan je..belum malam lagi dah bertiup angin yg kencang..kemudian membawak kepada air hujan..aku suka air..ek,air hujan..kecik2 selalu mandi hujan.."dik!naik!nanti demam!"..selalu akak memanggil aku dan adik termanjaku tu yg seronook benor ber'mesra' dgn alam.."eleh..macam la demam tu hujan yg buat..kan Allah yg ciptakan semua benda dalam dunia ni!"..baik punya jawapan..*senyum*
berumah dan bertangga d yaman juga ada menyaksikan kisah main air hujan..cuma yg lg bestnye..ada satu hari tu,hujan air batuuu...keletung keletang bunyi atap rumah sewa kami..lepas tu me n friends melepak kat laman nak main air hujan batu tu dgn merentang kain batik (rasa macam tgh sambut buah cermai yg dijolok pulak!)hah!!tau tak buah cermai tu apa?tak dapat nak nolong..cari sendiri dlm wikipedia tu ye..hehe..tak pun,datang rumah!
sbgmana tajuknye yg takde bg en3 ni..takde apa topik2 khusus yg nak d highlite kan..emmmmmm..masa dah terbuang ni..apa lg yek?
buku baru habis baca 2,3 hari lepas:'kamceng dgn solat' karangan 2 org penulis salah sorgnye ust zawawi yusoh..semua org kenal ustaz ni..sape tak kenal tu maknanye dia jarang tgk al kuliyyah (wpun aku sendiri bkn penonton setia slot ni)..
kamceng dgn solat ditulis dlm bentuk citer..kisah pbualan antara jamilah a.k.a milah yg solehah dgn kawannya suraya a.k.a su yg masih mencari2 kefahaman tentang kepentingan solat juga masalah2 yg sama waktu dgnnya..
buku ni sesuai dibaca oleh semua..terutamanya oleh remaja sbb buku ni siap ada gambar2 kartun lg..antara yg menarik hati aku (yg sekeping dan masih tak lembab mana ni)adalah umpamaan kapal terbang dgn radarnye..kata si milah,kalau kita solat..umpamanya kita kapal terbang yg masih ada dlm radar Tuhan..Tuhan boleh monitor kite..
dan banyak lagi la yg menarik..nak tau kena beli sendiri yek..
dlm 3,4 hari ni nak habiskan buku kisah pemudi2 sahabiyyat rodhiyaLlahu 'anhunna pulak..tambah lg satu buku yg adik manja bwk balik..karangan Al Bayanuni 'hadzal insan'..........
isk..isk..tekak aku sakit..nak ngaji Quran ni..
Rabu, 12 September 2007
ramadhan datang lagi
sape tu?sape lagi kalau bukan kebanyakan kaum sejenis aku..(perlu gelak tak?)..sunnah alam,yg sama spesis dgn aku ni memang biasanye tak cukup pose tiap2 tahun tapi time raya..fulamakkkk..tuh!baju raye cukup tiap2 hari sebulan syawal tuuu (sori la kalau melampau skit..hehe
selalu aku dgr kan..diaorg cakap "raya kan sebulan!"..apa laaa..raya nak cukup sebulan,pose tak penah cukup..jangan la hendaknya kita tergolong dalam keadaan yang sedemikian..takut tul aku..
tapi kan..aku penah dgr citer kisah (kalau tak silap la) saidatina Fatimah bintu RasuliLlah..dia doa mintak takde halangan (haid n nifas) supaya dia boleh beribadah dengan sepenuhnya pada Allah..agak2 la,zaman komputer ni ada tak yg doa camtu?hehe
kadang2 terfikir jugak,nape la girls ni ada halangan2 tu semua..tapi kan,macam dalam hadis yg sahabiyat ngadu kat Nabi pasal jihad tu..duduk kat rumah, jaga ibadat, jaga keluarga..semua tu boleh menyamai pahala mujahid dan org pergi haji..fuuyoo..best tu!
('ter'lari topik lagi ke aku nih?)
ahh tak kira la..apa pun..selamat memperbaiki diri dalam madrasah Ramadhan kali ni..buat diri sendiri dan buat sesiapa jua yg mengendap kat sini..Ramadhan ni,jangan mengendap merata2 yek!!hehe..pesanan ini tiada kena mengena dengan yg hidup atau pun yg dah almarhum..anda mampu mengubahnya!adios..annyeong hi kyeo seyo(ntah betul ntah tidak)
Isnin, 10 September 2007
jalan2 cari pahala
hari ni jalan2..tapi bukan jalan2 cari makan cam kak maria tu..hari ni cari pahala (amiin)moga dapatlah pahala tu..sempena nak meng'expose' dan meng'popular'kan charity shop yg ditubuhkan oleh Yayasan AMAL Malaysia.
jauh nye berjalan hari ni(walaupun naik van)..seingat aku,dulu time study takde la macam ni punya letih bila berjalan jauh..dulu tiap2 hari jalan kaki pi kuliah takde pulak rasa penat..dah makin 'banyak isi',makin lemah badan..
di Kerteh tadi sempat jugak 'menyempatkan' diri dengar ceramah sempena menyambut Ramadhan..walau majlis tu penuh gelak ketawa dek kerana ustaz yg buat lawak bersahaja,tapi ada la rasa tenang dlm hati dapat dgr ceramah..benarlah~kita merancang dan Allah juga merancang..kan?kan?
Ramadhan dah semakin mendekati kita..mengenangkan kisah2 kesedihan yg terpancar dari wajah2 kat dlm gambar2 program Yayasan Amal tu,membuat rasa insaf berkobar2 dalam diri..sian kat diaorg kan?sahabat di aceh,kemboja,sri lanka semuanye masih dalam serba kekurangan..sahabat di malaysia pulak bergelak ketawa merempit di jalanan..
fikir2 la sendiri..ok,not in the mood anymore to write anything..very very very tired..dah sampai tahap dinosaur long neck kena kejar dek t-rex nih!!
#tyrannosaurus..betui tak my spelling ni..perkataan ini la yg telah memenangkan aku dalam kuiz ilmiah antara kelas tahun 1995 dulu..yey yey..dapat juara peringkat i'dadi tuu..walaupun aku masih pelik nape org pilih aku jd wakil kelas sedangkan wakil yg lg 2 org tu memang best student..(aku ni apa ada?nombor tak penah naik2 pun..makin menurun ada la..)
tasbih kifarah dan surah Al 'Asr ;]
Sabtu, 8 September 2007
renung si anak
Jumaat, 7 September 2007
merdeka part sebelum last
“Dari segi zahirnya, saya rasa betul. Ya … kita dah merdeka. Tapi dari segi hakikat dalaman…” aku bersuara setelah seketika kesepian menyelubungi suasana. Ah yang dari tadi asyik membisu, menyambung.
“Tak dinafikan. Kalau diteliti dari sudut hakikat batiniah, kita sebenarnya masih belum merdeka. Merdekakah kita dari penjajahan? Sedangkan sisa-sisanya masih melekat pada diri kita. Tiada gunanya mencuci kain berulang kali dengan hanya merendam tapi tidak memberusnya? Yang hilang hanya tubuh penjajah itu, tapi cara pemikirannya? Ianya masih menempel di otak-otak kita. Otak-otak bagi diri yang kita dakwakan sebagai diri yang merdeka.”
Alamak! Panjang pula cucu Mak Su ni berceramah. Nampaknya ada bakat nak gantikan neneknya yang berkarisma tu.
“Alah, Ah! Jangan duk asyik cakap aje. Cuba teliti diri kita masing-masing. Tadi tu apa? Ketawa masing-masing, langsung tak ubah seperti ketawa penjajah waktu boleh jajah tanah Melayu ni. Sikit pun tak ada ciri-ciri muslimah sejati”, sampuk Ija sambil mencebik.
“Fui! Emosionalnya rakan kita sorang ni. Sabar Ja. Sabar tu kan separuh dari iman”, suara Syah kedengaran memujuk.
“Ya lah Ja. Sabar tu madu lebah…manis!!!” sampuk Lin.
“Eh! Ni apa ni? Budaya lepak masih wujud lagi kat Darul Quran? Tak insaf lagi ke? Kita ni antara barisan pelapis, bakal pengganti pimpinan sekarang, bila lagi? Sahabat, kita ni dah Thanawi Dua. Dah takde waktu nak bermanja di Darul Quran ni lagi”, satu suara kedengaran dari arah belakangku dan rakan-rakan.
“Ya Allah! Ingatkan siapa tadi. Terkejut saya. Rupa-rupanya saudari Ila yang dating membuat onar. Tak baik tau, Ila. Apa Aya, hukum ganggu orang tanpa kebenaran mengikut Islam?” kata Lin setelah melihat yang bersuara itu ialah Ila, salah seorang rakan sekelasku.
“Ops. Sorry! Janganlah marah. Nampak tadi khusyuk je berborak”
“Eh Ila! Ila jangan silap faham. Sembang ni bukan sebarang sembang tau. Sembang ni sembang bermanfaat, yang tidak mendatangkan sebarang kemudharatan” Ija menerangkan. Ila duduk di samping Ah sambil mengangguk tanda faham dan meminta maaf.
Inilah ragam rakan-rakanku. Masing-masing memiliki keistimewaan tersendiri dan yang pasti kami semua mempunyai pemikiran yang terbuka dan mampu berkongsi pendapat bersama. Bertuahnya hidup ini – hatiku berbisik. Punyai teman-teman yang mampu menegur andai ada tersalah dan tersilap laku.
“Jadi, sebagai seorang remaja Islam yang sedar tentang hakikat tu, kita mesti buktikan pula keinsafan kita dengan cara..cara apa, Lin?” suara Aya mengejutkan aku dari lamunan.
“Kita mestilah berani tampil ke hadapan bagi menyatakan yang hak dan menentang yang batil. Seperti pesanan Ustaz Hamzah, jadilah kita muslimah yang tegas. Kita juga haruslah..Nah,awak pulak!’ ujar Lin.
“Kita mesti renung kembali sejarah-sejarah silam, zaman-zaman kegemilangan Islam kemudian ambil iktibar dan inisiatif tentang cara-cara mereka memajukan Islam sekaligus memerdekakan diri mereka dengan erti kata merdeka yang sebenar. Merdeka dari ideologi-ideologi yang bakal memusnahkan kita. Kata ahli falsafah – mereka yang tidak mahu mengambil pengajaran daripada sejarah akan mengulanginya” jelasku dengan panjang lebar.
“Betul tu. Kita seharusnya menjadi seorang mahasiswa yang berperanan sebagai pencetus perubahan, bukan pengikut atau penerima sesuatu perubahan itu” sambung Ija.
Selasa, 4 September 2007
piluku di suatu ketika
diri tak tau nak buat apa sekarang..tiga hari lepas diri tak terasa nak menangis tapi hari ni air mata dah jadi murah. walau masih tak dititiskan tapi sentiasa bergenang aje..diri terasa nak mengadu kat seseorang tapi orang yang cuba dihubungi semuanya tak berjawab..hmm rasanya Allah suruh diri mengadu lebih banyak kat Dia terlebih dulu sebelum mengadu kat manusia. bukan ke sebelum ni diri selalu rasa hanya pada Allah lah tempat pengaduan yang paling efektif?
astaghfiruLlah..banyak lalai rupanya diri ni.rasanya 2 minggu ni diri kurang dekat diri pada Allah,ni rasa macam dah kering sangat hati ni dari kasih Allah..kenapa lah mujahadah diri masih selalu tak dapat disempurnakan?kurang ikhlas ke diri ni?atau terlalu megah dengan diri sendiri?ada tiga tanda kejahilan:megah dengan diri sendiri,banyak berkata perkara tak berfaedah dan menyuruh orang melakukan sesuatu sedangkan diri sendiri tak melakukannya.
bila dah jahil tapi perasan tak jahil,kan ke susah nak baik pulihnya?rasanya macam semua tanda kejahilan tu ada pada diri ni..isk isk..sedihnya hati sekarang.
ya Allah,tolonglah hambaMu ini.anugerahkan diri dengan cintaMu Allah sehingga tiada cinta yang paling didambakan kecuali cintaMu dan cinta yang mendekatkan diri padaMu.
ya Allah, aku memohon padaMu..anugerahkan daku cintaMu dan cinta orang yang mencintaiMu..juga cinta orang-orang yang bercinta keranaMu.. cinta yang akan mendekatkan lagi daku pada cintaMu..cinta yang ikhlas hanya kepadaMu..cinta yang menambahkan iman di dada..cinta yang membawa daku ke syurgaMu..amin
Ahad, 2 September 2007
nape gini
tetiba terputus idea..tengok tu!sekejap aje Allah ambik ingatan,dah lupa apa nak diluahkan lagi..kerdilnya diri jika dibanding dengan kehebatan Yang Esa..tapi berapa kerap boleh dikaitkan semua perkara yang terjadi kepada diri dengan keagungan Allah?kerap kalinya,sering lupa melakukannya..tak caye?
1)kalau tersepak batu...ish!nape batu ni di sini?sapa la letak kat sini..mengganggu jeh! kan baiknya..Ya Allah,tersepak batu..dosa apa la yang aku buat..Allah nak kifarahkan dosa ni..
2)kalau ditinggalkan oleh orang tersayang..isk..isk..nape pergi dulu..isk..isk..banyak lagi yang nak diluahkan padamu..nape Allah jauhkanmu dariku..isk..iskkk..kan baiknya..Ya Allah,Kau ambiknya dariku lebih dulu,mungkin disebabkan kasihMu yang luas..Kau khuatiri aku dilalaikan atau aku melalaikannya dari mengingatiMu..
3)kalau duit hilang..laa,mana duit ni?tadi letak sini..sape la yang gatal tangan sangat ambik ni?!biar Allah potong tangan dia nanti!..kan baiknya..Ya Allah,kenapa musibah ni?Apa dosaku?..oh,tadi teman mohon nak pinjam..ku kata tak boleh,takut nanti tak cukup belanja bulan ni..Ya Allah,ampuni dosaku..
banyaknye perkara yang kita tak sedari..kadang2 sesetengah benda nampak buruk di mata kita sedang ia sebenarnya elok buat kita..seorang teman mengingatkan aku.....
tentang seorang penyair sufi yang menghalusi mata hatinya: ' aku pohon kekuatan dan Tuhan berikanku kesulitan untuk jadikanku gagah..aku pohon cinta dan Tuhan berikan aku mereka yang bermasalah untuk ku cari penawar duka..aku pohon keteguhan hati dan Tuhan berikanku bahaya untuk ku atasi..
justeru,aku tak peroleh apa yang ku impikan namun aku dapat segala yang ku perlukan..'
akhiri dengan kaffaratul majlis..smiling