Jumaat, 7 September 2007

merdeka part sebelum last

**tak tau bila nak habis story ni..huhu..soalnya, belum habis ditaip kak!masih kemas tertulis dalam kertas nota seni lama..apa itu seni?hehe

“Dari segi zahirnya, saya rasa betul. Ya … kita dah merdeka. Tapi dari segi hakikat dalaman…” aku bersuara setelah seketika kesepian menyelubungi suasana. Ah yang dari tadi asyik membisu, menyambung.

“Tak dinafikan. Kalau diteliti dari sudut hakikat batiniah, kita sebenarnya masih belum merdeka. Merdekakah kita dari penjajahan? Sedangkan sisa-sisanya masih melekat pada diri kita. Tiada gunanya mencuci kain berulang kali dengan hanya merendam tapi tidak memberusnya? Yang hilang hanya tubuh penjajah itu, tapi cara pemikirannya? Ianya masih menempel di otak-otak kita. Otak-otak bagi diri yang kita dakwakan sebagai diri yang merdeka.”

Alamak! Panjang pula cucu Mak Su ni berceramah. Nampaknya ada bakat nak gantikan neneknya yang berkarisma tu.

“Alah, Ah! Jangan duk asyik cakap aje. Cuba teliti diri kita masing-masing. Tadi tu apa? Ketawa masing-masing, langsung tak ubah seperti ketawa penjajah waktu boleh jajah tanah Melayu ni. Sikit pun tak ada ciri-ciri muslimah sejati”, sampuk Ija sambil mencebik.

“Fui! Emosionalnya rakan kita sorang ni. Sabar Ja. Sabar tu kan separuh dari iman”, suara Syah kedengaran memujuk.

“Ya lah Ja. Sabar tu madu lebah…manis!!!” sampuk Lin.

“Eh! Ni apa ni? Budaya lepak masih wujud lagi kat Darul Quran? Tak insaf lagi ke? Kita ni antara barisan pelapis, bakal pengganti pimpinan sekarang, bila lagi? Sahabat, kita ni dah Thanawi Dua. Dah takde waktu nak bermanja di Darul Quran ni lagi”, satu suara kedengaran dari arah belakangku dan rakan-rakan.

“Ya Allah! Ingatkan siapa tadi. Terkejut saya. Rupa-rupanya saudari Ila yang dating membuat onar. Tak baik tau, Ila. Apa Aya, hukum ganggu orang tanpa kebenaran mengikut Islam?” kata Lin setelah melihat yang bersuara itu ialah Ila, salah seorang rakan sekelasku.

“Ops. Sorry! Janganlah marah. Nampak tadi khusyuk je berborak”

“Eh Ila! Ila jangan silap faham. Sembang ni bukan sebarang sembang tau. Sembang ni sembang bermanfaat, yang tidak mendatangkan sebarang kemudharatan” Ija menerangkan. Ila duduk di samping Ah sambil mengangguk tanda faham dan meminta maaf.

Inilah ragam rakan-rakanku. Masing-masing memiliki keistimewaan tersendiri dan yang pasti kami semua mempunyai pemikiran yang terbuka dan mampu berkongsi pendapat bersama. Bertuahnya hidup ini – hatiku berbisik. Punyai teman-teman yang mampu menegur andai ada tersalah dan tersilap laku.

“Jadi, sebagai seorang remaja Islam yang sedar tentang hakikat tu, kita mesti buktikan pula keinsafan kita dengan cara..cara apa, Lin?” suara Aya mengejutkan aku dari lamunan.

“Kita mestilah berani tampil ke hadapan bagi menyatakan yang hak dan menentang yang batil. Seperti pesanan Ustaz Hamzah, jadilah kita muslimah yang tegas. Kita juga haruslah..Nah,awak pulak!’ ujar Lin.

“Kita mesti renung kembali sejarah-sejarah silam, zaman-zaman kegemilangan Islam kemudian ambil iktibar dan inisiatif tentang cara-cara mereka memajukan Islam sekaligus memerdekakan diri mereka dengan erti kata merdeka yang sebenar. Merdeka dari ideologi-ideologi yang bakal memusnahkan kita. Kata ahli falsafah – mereka yang tidak mahu mengambil pengajaran daripada sejarah akan mengulanginya” jelasku dengan panjang lebar.

“Betul tu. Kita seharusnya menjadi seorang mahasiswa yang berperanan sebagai pencetus perubahan, bukan pengikut atau penerima sesuatu perubahan itu” sambung Ija.

Tiada ulasan: