Isnin, 10 September 2007

jalan2 cari pahala

tengah malam buta ni,mata masih tak mau pejam..walau badan dah letih tahap lampu merah,tapi mata masih celik ternganga cam mata ikan lolong (buat yg tak kenal spesis ikan ni,tak dapat eden nak nolong pasal eden pun tak tau nama antarabangsa ikan ni!)..tapi yang pastinya,memang mata ni tak nak kuyup...arrrgggghh

hari ni jalan2..tapi bukan jalan2 cari makan cam kak maria tu..hari ni cari pahala (amiin)moga dapatlah pahala tu..sempena nak meng'expose' dan meng'popular'kan charity shop yg ditubuhkan oleh Yayasan AMAL Malaysia.

jauh nye berjalan hari ni(walaupun naik van)..seingat aku,dulu time study takde la macam ni punya letih bila berjalan jauh..dulu tiap2 hari jalan kaki pi kuliah takde pulak rasa penat..dah makin 'banyak isi',makin lemah badan..

di Kerteh tadi sempat jugak 'menyempatkan' diri dengar ceramah sempena menyambut Ramadhan..walau majlis tu penuh gelak ketawa dek kerana ustaz yg buat lawak bersahaja,tapi ada la rasa tenang dlm hati dapat dgr ceramah..benarlah~kita merancang dan Allah juga merancang..kan?kan?

Ramadhan dah semakin mendekati kita..mengenangkan kisah2 kesedihan yg terpancar dari wajah2 kat dlm gambar2 program Yayasan Amal tu,membuat rasa insaf berkobar2 dalam diri..sian kat diaorg kan?sahabat di aceh,kemboja,sri lanka semuanye masih dalam serba kekurangan..sahabat di malaysia pulak bergelak ketawa merempit di jalanan..

fikir2 la sendiri..ok,not in the mood anymore to write anything..very very very tired..dah sampai tahap dinosaur long neck kena kejar dek t-rex nih!!

#tyrannosaurus..betui tak my spelling ni..perkataan ini la yg telah memenangkan aku dalam kuiz ilmiah antara kelas tahun 1995 dulu..yey yey..dapat juara peringkat i'dadi tuu..walaupun aku masih pelik nape org pilih aku jd wakil kelas sedangkan wakil yg lg 2 org tu memang best student..(aku ni apa ada?nombor tak penah naik2 pun..makin menurun ada la..)

tasbih kifarah dan surah Al 'Asr ;]

Tiada ulasan: