Isnin, 27 Ogos 2007

merdeka part3

hai..bila la nak habis citer ni..hehe
$$$

“Ok Ja.Oleh kerana awak ni seronok sangat nak discuss pasal ni dari pagi tadi lagi, so saya nak tanya awak beberapa soalan.Boleh tak?”

“Ok. It’s doesn’t matter to me”

“Ja, jangan sombong tau! Nanti ……

“Nah, Ja! Apa korang berdua buat kat sini? Oooo … dating ye? Ni mesti ada apa-apa ni. Entah ntah tengah duk buat ketupat” suara Syah, rakan kamcingku yang seorang lagi menyampuk. Dari mana lah budak seorang ni muncul. Tiba-tiba aje dah ada kat depan mata.

Dia ni salah seorang rakanku yang cukup seronok untuk mengalunkan suaranya. 24 jam mulutnya tak henti-henti berceloteh. Takde brek ke? Alamak! Mataku menangkap wajah-wajah rakan yang lain. Aha! Kalau dah wujud Lin, Aya dan Ah,ini dah masuk dalam kategori murai tercabut ekor. Mau semput nafasku melayan karenah mereka nanti.

“Ha! Lin, Ah, Aya, Syah … pasal apa lah korang datang waktu ni? Ada hal important sangat ke?” soalku.

“Aduh! Pedih dan sedih dan syahdu dan sendu bercampur pilunya hati ini mendengar soalan yang keluar dari bibir tuan hamba itu …” ujar Lin sambil disambut gelak ketawa rakan-rakanku yang lain.

“Ya Allah ! Dah mula lah tu penyakit angin sastera angau dia tu. Ni belajar dari mana pulak ayat ni?” Ija bersuara.

“Belajar dari Ayah Su” sahut Ah sambil ketawa. Wajah guru Bahasa Melayu itu segera terbayang di fikiranku.

“Ok.Ok! Sudahlah tu. Asyik ketawa je.Saudara se Islam kita kat Bosnia tu entah dah berapa lama tak ketawa”

“Aduh! Terkena lagi saya yang nakal ini” Lin buat hal lagi.

“Ok. Sekarang ni topik Hari Kebangsaan. Yang lain tu sila tunggu giliran ye!” sampuk Aya. Deraian ketawa kedengaran lagi.

“Merdeka. Betul ke kita merdeka?” terpacul soalan dari mulut Syah. Rakan-rakanku yang lain ku lihat termanggu. Suasana yang riuh rendah tadi mendadak terhenti. Aku mengukir senyum. Pandai betul Syah memilih masa.

sambung lagi nampaknye..

Tiada ulasan: