Khamis, 16 Ogos 2007

bakat ke?

sempena hari kemerdekaan ke 50..aku menyambutnya dgn mengimbas kembali citer2 lama..ini ditulis oleh aku sendiri beberapa tahun yg lepas..berbakatkah seorg aku?hehe..tak berani nak share dgn public..

..........................................................................................................

MERDEKA !


ALLAHU AKBAR ! ALLAHU AKBAR !

Aku tersentak. Tidurku yang agak khusyuk terganggu. Seketika cuma … selimut yang membalut badan ku singkapkan segera. Pesanan ustazah dan kakak-kakak mengiringi tindakanku. ‘selepas azan dialunkan, selimut yang menyelimuti diibaratkan bak kulit babi’. Ish! Tak sanggup aku mengenangkan kata-kata itu. Selesai solat Subuh dan tadarrus Al Quran di musolla asrama, aku termenung di tangga bersama rakanku, Ija.

“ Hari ini berlainan dari hari-hari yang lain. Awak tahu kenapa, Nah?”

“ Entah! Apasal?” jawabku malas untuk berceloteh lebih panjang. Apa kenanya sahabatku yang seorang ni.Pagi-pagi lagi dah start celoteh.

“ Alah … awak ni macam katak bawah tempurung lah!” dia bersuara lagi.

“ Eh Ja! Apasal awak ni?Tak baik tau cakap saya camtu.Saya taulah apa yang awak maksudkan.Hari ni, hari Jumaat kan?So,apa yang ganjil dan berlainannya tu?” ujarku separuh geram.

“Ops!Alamak!Janganlah marah Nah,saya gurau aje.Ok,hari ini…memanglah hari Jumaat.Itu saya tahulah.Esok hari Sabtu,itupun saya tau juga.Tapi lusa…lusa hari apa?”

“Lusa hari Ahad lah pulak.Kenapa?”

“Ya Allah!Susahnya cakap dengan awak ni.Tak faham-faham lagi.Ok,lets me explain.Lusa hari Ahad dan merupakan ulangtahun kemerdekaan Malaysia yang ke 40.Independence day,faham?”

“Eh!Ya tak ya jugak.Fui!Terrorlah Bahasa Inggeris awak.Dah boleh speaking sekarang ni ye”kataku dalam nada mengusik.Ija hanya tersenyum,manis!

Sahabatku yang seorang ni sememangnya sudah termaklum agak expert dalam Bahasa Inggeris.Perkara itu tidak menghairankan aku tapi … dia ni termasuk jugalah di kalangan rakyat yang mengambil berat.

“Nah,dah lewat ni.Jom balik!”

...................................................................................................
to be continue

Tiada ulasan: