Ahad, 19 Ogos 2007

merdeka part2

‘Hidup ini bagaikan sebuah ladang.Di sini kita menanam dan menyemai, di Akhirat nanti hasilnya kita tuai.Hidup juga diumpama bak sebuah roda, sekejap di bawah, sebentar di atas.Andai kata kekecewaan menyapa diri, jangan putus asa.Cuba lagi kerana orang Islam itu tidak akan jatuh di tempat yang sama untuk kali kedua andai Quran dan Sunnah jadi pegangan hidupnya.’

“Nah,buat apa tu?”

Alahai!Datang lagi si Ija ni.Tak sempat nak ku habiskan helaian majalah Muslimah kegemaranku.Entah apa-apa pula ni.Hati kecilku berbisik melihat Ija melangkah ke arahku.

“Ada apa, Ja?Nak tanya esok hari apa lagi ke?” soalku.

“Aikk! Marah lagi?” ujarnya sambil menyambung.

“Sebenarnya saya datang ni saja nak bersembang dengan awak.Tak boleh ke?”

“Sembang tu tak apa.Tapi yang bermanfaat je tau!”

“Independence day.Tak salah kan?”

“Ok.Ok! I surrender.Dah angkat bendera putih ni.Let’s continue our chat.”

“Ha.Macam tu lah ciri-ciri pendakwah Wawasan 2020.Bersedia untuk berbincang pada bila-bila masa”

“Pandailah awak” aku menempelak.

“Pandai itu tak semestinya cerdik dan cerdik itu tak semestinya faham dan faham itu pulak ……”

“Dah.Dah! Cukup! Straight to the point lah.Jangan nak berfalsafah pulak kat sini.Nanti ada pulak yang tercampak kat tong sampah”

Ija ketawa mendengar amaranku.Sahabatku ni sememangnya tak usah diberi amaran,hasilnya tetap sama aje.Makin dibuatnya,ada lah.Pantang dicabar katanya.

...................sambung lagi..

Tiada ulasan: