Ahad, 18 Oktober 2009

cuti cuti

emm..cuti lagi. sekolah abang cuti 4 hari sempena depavali ni, ramai budak india kat sekolah tu.. jadi kitaorang buat rancangan ke negeri 9, melawat kakak di sana..ajak sekali adik n isteri kesayangannya yang baru tiba di malaysia sebelum raya hari tu.

cadangan asal nak naik keretapi (sebab aku tak penah naik benda tu!nak jugak merasa) tapi sebab dah suntuk sangat masanya merancangnye, kami pi dengan kereta 'kebal' tu je..alhamdulillah ni dah sampai rumah balik..selesanya duk rumah sendiri ye?

kata abang, kita pi sana makan aje..takde buat keje lain..memangla sebab kakak tu pandai masak, asyik duk dapur je..nak borak2 pun terpaksa kami 3 beradik melepak kat dapur! tapi kakakku yang sorang ni kalau bersembang, topiknya memang pelbagai..dari bab jual beli tanah hingga la pasal kucing kesayangannya yang baru je dilanggar motor..hehe

walau camana pun, tujuan utama utk ke sana berziarah sudah selesai..ye la, raya hari tu dia sekeluarga tak balik kampung coz anak dara dia nak periksa..di hujung syawal ni biarlah kami adik beradik yang duk dekat ni pi menjenguk bertanya khabar berita..kan?

yang paling gumbira tentu la si kecik Iyas..best dapat main dengan kakak dan abang sepupu..kat rumah belum ada yang nak dibuat teman bermain..harapkan umminye?hehe...

apa pun, moga keluarga kami sentiasa berhubungan baik dan dilindungi Allah sokmo..

Tiada ulasan: