Sabtu, 29 Ogos 2009

aku dah tahu

Fikirkan sejenak....
Oleh : Shah Bundy
Doktor memulakan syarahannya dengan membawa para hadirin memikirkan sejenak dengan hadith yang maknanya sedikit sebanyak....."Dalam diri-diri kamu ada kebesaran Tuhan".
Doktor menyuruh kita melihat kedua tapak tangan dan perhatikan garis-garis di tapak tangan kita.Garisan-garisandi tangan kiri menunjukkan angka 8 dan 1 dalam Bahasa Arab dan tangan kanan 1 dan 8 dan membawa ke jumlah 81 + 18 = 99 iaitu bilangan nama Allah.
Berikut adalah antara intipati syarahannya secara ringkas:-
1. Cara makan, kenapa kita gunakan tangan? Mengikut cara Rasulullah s.a.w, beliau akan menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasullah saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya(yg last tu), lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu.Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya.
Mengapa? Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion.
Mengapa menghisap garam? Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita.
Kenapa garam? Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Doktor2 dihospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin mengganggu manusia.
2. Cara Rasulullah mengunyah - Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.
3. Membaca Basmalah (Bismillahirrahma Nirrahim). Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu.
Cara Rasulullah minum:-Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram. Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita minum.
Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita.Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic. Jangan meniup air yang panas, sebabnya sama diatas.Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis.
Mengapa Islam menyuruh di sebat 100 kali orang belum berkahwin yang berzina, dan merejam sehingga mati org yg sudah berkahwin yang berzina?
Badan manusia akan mengeluarkan sel-sel darah putih atau antibiotik yg dapat melawan penyakit. Dan sel-sel ini terdapat di daerah tulang belakang, berdekatan dengan sum-sum tulang manusia.
Lelaki yang belum berkahwin dia akan dapat mengeluarkan beribu-ribu sel ini,manakala lelaki yang sudah berkahwin hanya dapat menghasilkan 10 unit sel ini sehari,kerana antara sebabnya ialah kerana sel-sel lain akan hilang kerana perhubungan suami isteri. Jadi apabila lelaki yang belum berkahwin didapati salah kerana zina hendaklah disebat 100 kali.
Ini adalah kerana apabila dia disebat di belakangnya, suatu maran tentang kesakitan itu akan membuatkan penghasilan beribu sel antibiotik yang dapat melawan virus HIV jika ia ada di badannya, dengan itu dapatlah antibodi melawan virus HIV itu.
Tetapi jika lelaki itu sudah berkahwin,walaupun disebat 100 kali ia akan tetap menghasilkan 10 unit antibodi sahaja, jadi dengan itu hukumannya direjam hingga mati agar dia tidak dapat merebakkan virus HIV itu.
Itulah sedikit sebanyak inti syarahan yg disampaikan oleh Dr Jamnul Azhar. Harap ia akan memberi manfaat pada anda sekalian, dan sedikit informasi yang diberikan oleh Mudaris(guru) ana, Mudaris Iskandar mengenai Ka'bah.
Mengapa ia terletak di Mekah al-Mukarramah dan mengapa ia empat persegi(cube). Ia terletak di posisinya sekarang kerana setelah dibuat kajian oleh para cendikiawan dari Pakistan dan Arab, didapati, tempat terletaknya Ka'bah sekarang itu, adalah betul-betul di tengah bumi.
Mengapa ia empat persegi, ia melambangkan perpaduan ummah yang bergerak maju bersama,equality and unity, tidak seperti bentuk pyramid, dimana ia diumpamakan, seperti hanya seorang pemenang yg berada diatas setelah ia memijak-mijak yang lain.
**sebahagian daripada info di atas dah aku tahu waktu belajar di Al Iman..banyak yang dapat dari kuliah Syeikh Abdul Majid...buat aku rindu nak ke sana lagi...

Jumaat, 28 Ogos 2009

cepatnya

salam ramadhan buat diariku!

pejam celik pejam celik sekejap je masa berlalu..hari ni dah 7 Ramadhan..dah semakin meniti menuju ke pertengahan..awal yang 'rahmah' ni ternyata masih berkurangan 'isi'nya..ntah kenapa rasa semangat tak sama cam Ramadhan lepas..nape ek?

kali lepas Iyas masih di dalam, setiap kali bangun sahur rasa bersemangat je (walau abang nun jauh bekerja)..kali ni Iyas dah ada depan mata, abang pun khusyu' mengaji kat sebelah..tapi mana kamu duhai semangatku????????

hehe..abang kata takleh stress..selalu jalan untuk elakkan stress..aku tak stress tapi rasa nak stress je..hehe...selama bertahun2 aku cuma mampu khatam sekali aje setiap Ramadhan..paling best pun sekali setengah..hehe

Ramadhan kali ni aku nak khatam lebih dari sekali Quran tu...tapi sampai sekarang baru sikit je dapat baca...huhu..arrrggghhh..nak tension nyeeeee

Ahad, 23 Ogos 2009

di kampung

salam ramadhan..sekarang aku kat kampung, balik jumaat. seharian atas kereta memang membuatkan si kecik rimas dan boring..sian anak ummi sayang tu..

tahun ni 1st time abang n family berpuasa tanpa bonda tersayang..aku yang baru jadi ahli keluarga ni 2 tahun pun terasa kekurangan kat rumah pusaka ni, diaorang tak tau la camana...sedih tul!

o ye..iyas baru nak belajar berjalan..tertatih2 sambil pegang kerusi dan dinding..oohh..bahagianye........tapi penat skit la..hehe

better stop here, nak terawih lak

Jumaat, 7 Ogos 2009

jumaat datang lagi

salam jumaat..

jumaat tiba lagi..terasa cepatnya masa berlalu, masih banyak tak terbuat..betullah pesan hassan al banna..kewajipan lebih banyak daripada waktu yang dipunya..

hari ni dah 3 hari si kecik tu demam, dah kebah tapi masih buat perangai..malam tadi punya la penat melayan, pampers dah tukar, susu dah bagi..tapi nape dia masih nangis?waarrrggghhhh!!! umi yang tak tenang hati ni..(baru tau camne susahnye mak dulu..hehe)

petang semalam kebetulan abang ada kelas, tetiba je dak kecik tu melompat ke riba pastu peluk kemas2..dalam hati ni, nape pulak nih?dia asyik pandang aje dekat pintu masuk tu..aku dah suspen dah...ye la bimbang jugak, ntah2 ada haiwan yang tak dikehendaki ke..dah masuk tanpa diundang...(aku memang lemah tang binatang2 ni!)

ada la dekat setengah jam jugak iyas camtu...hehe..naik mencacak bulu roma ni, mana la tau..dia ada nampak mende2 halus ke..(kata orang, bebudak boleh nampak benda tu)..aku dah siap imagine kan camne rupa benda tu (hehe)..mesti rupa dia pelik, kalau tak nape iyas cam terpaku je tengok...macam bila dia nengok orang yang tak dikenali..

ni first time kena gini, risau juga..dia baru je nak baik demam...teringat kat citer abang aku kat KL pasal budak yang boleh nampak roh2 ni..ye la, kuasa Allah kan? makhluk Allah ni kan ada banyak jenis..

emmm, abis bab tu. esok nak kena pi prog tapi sebab tempatnye dekat dgn bukit2 so terpaksa cancel la...nanti kang iyas tengok pape lagi..susah pulak..malam ni pun nak kena keluar lagi..perjuangan masih panjang...

okey, baby dah bangun...adios!

Isnin, 3 Ogos 2009

sungguh..

sungguh! terasa untuk sekali masa ni, tapi pesan Haji membuat aku terpaku..masa itu kita yang punya!!lalu keberhasilan melaluinya kita yang menentukan!!

malam ni jadualnya harus keluar lagi, kadang datang belas di hati melihat abang yang tak jemu menjadi drebar..hehe..saat2 beginilah yang sering mendatangkan sesal di hati, nape tak amik lesen awal2 dulu?

ayooo..manyak kerja ni....sambung lain kali