Ahad, 26 Julai 2009

1 kepala dan 2 kepala

1 dan 2,mana lagi banyak?hehe apa punya soklan daa..1 tambah 1 pulak berapa jawapannya?sesaje nak nguji ni..

dalam meeting mestilah 2 dan ke atas adalah lebih banyak, idea pun mencurah2 datang bagai air hujan dicurah dari langit (bukan dari awan ke?emmm)

1+1=2 adalah jawapan skema di sekolah rendah..dlm 'Edison No Haha' (japanese drama) lain jawapnya (aku pun dah lupa sebab banyak sangat) tapi 1+1 bukan 2 jawapnye..(konpius la mana yg baca ni ehekhek)

syahid aku kat sini sebenarnye pasa 2 kepala tadi..huhu..baru lepas brainstorming dey!!byk dapat input yang canggih manggih n berguna..tinggal kekuatan untuk dilaksana je..tapi........(masih ada tapi)kerja jamaah ni kalau sorang dah futuur, yang lain pun rasa lemah semangat.

nape ujian datang lagi?..."ALLAH peduli..."tapi...(ada lagi tapi tuh)
nape dan napeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee...?????????

emm emmm..aku perlu kuat..aku perlu bersemangat..aku perlu....tegas skit kot?warggghhhh

Ahad, 19 Julai 2009

team work

salam di petang hujan gerimis...

sebenarnya aku malas nak naip en3 ni tapi janji mesti ditepati..kan ke ciri2 munafiq kalau tak tepat janji?teringat pulak kat buku 'fenomena meremehkan janji' yang dapat hadiah 5,6 tahun dulu (belum khatam lagi rasanye..huhu)...

hari minggu cam ni memang jadual aku sibuk skit..nak 'beramah mesra' dgn rumah pun takde masa..alahai...yang nak dicuci dah menimbun dalam bakul tu..sabor je la!

dari jumaat hingga hari ni asyik keluar aje..kalau nak diikutkan hati memang la rasa malas tapi nak wat camne...ish..ish..kena selalu tajdid niat nih...astaghfirullah.

hari ni keluar lagi, nengok cikgi2 yang wat sambutan hari guru..hehe..johor ni bersemangat tul pasal benda2 gini..hari guru dah lepas 2 bulan dah tp masih lagi raikan..sian plak cikgi2 tu.

tapi bila tengokkan semangat kerjasama (team work la kata org putih nye)..rasa sronok juga..aku semalam rasa nak meletup kepala, buat kertas kerja sampai untuk 2 projek..huhu..penat otak ni dah macam tebu kena pulas dek mesin..dah jadi hampas..

eh..eh..dak kecik tu dah bangun..stop dulu..bye for now

Jumaat, 17 Julai 2009

keletihan

dear diary,

today is the busiest day (agaknya) sepanjang minggu ni..tapi esok mungkin lagi sibuk..abang takde pulak kat rumah, derita skit la terpaksa ngangkut si kecik tu ke mana2..

tadi petang ikut usrah cikgi PASTI, hari ni bicara soal kematian..Allah, wasiat belum tulis ni..huhu..kadang2 bila cakap bab mati, cuma ingat pasal orang yang bakal ditinggalkan..sedang nasib diri sendiri yang bakal pergi dilupakan..

diariku,

banyaknya kelemahan dan kekurangan diri yang masih belum diperbaiki..nak memberi kepada orang lain terasa sulit kerana diri juga masih kurang mempunyai..ada terbaca dalam buku kisah2 menarik, katanya :"jangan runsing kiranya tidak dapat memberi ilmu kepada orang lain tapi perlulah runsing jika ilmu yang orang lain tahu kita tak tahu"

terdiam seketika..kadang2 semangat untuk memberi terlalu berapi dalam jiwa ni, hingga kekadang termimpi2..tapi bagaimana pula dengan ilmu yang ada pada orang tapi takde pada diri...emmmm

esok ada kelas pengajian al Quran, masih keluh kesah lagi samada perlu terus ikut atau tidak..agaknya sikit 'ujub ada menempel di hati ni...astaghfiruLLah..

full stop.

Khamis, 16 Julai 2009

lama

kesibukan dan ketiadaan idea..

minggu ni kepala pusing memutar..dengan kerja rumah, komunikasi and also pilihanraya tentunya..

buat pertama kali terasa nak tulis pasal parti dalam blog ni...PAS menang lagi di Manik Urai..walau majoriti tipis tapi menang juga..

semalam digerakkan hati ikut usrah oleh ustaz baru di markaz..betul la, lain orang lain fahamannya berkenaan sesuatu kejadian..bila menang pilihanraya besar yg lepas ada yg sukahati..seingat aku, rumah kami pun turut bergegar malam tu..

mak aku sampai tidor pukul 3 pagi nunggukan keputusan..ayah yg uzur tu pun turut sama tak tidur..punya la semangat..sekali tau,menang dah 5 negeri..fuuyooo

tapi bagi yang faham isi tersirat dari yg tersurat tentu berbeza cara penerimaannya, mungkin ada yang tersedak kejap..apa la ujian yang nak ditunjukkan oleh Allah dgn kemenangan ni?

kata orang, kalau nak tau peel seseorg, tengok bila dia senang atau ada pangkat tinggi..ye, sememangnya mempertahankan kemenangan lebih sukar daripada menang!!

apa pun, setiap kita akan merancang dan berusaha melaksanakan perancangan namunsiapa yg tahu mungkin rancangan Allah lebih bererti buat kita.....

annyeoung!

Khamis, 9 Julai 2009

kuat

salam..
semalam tak sempat post..malam tadi ikut kuliah kawasan, ustaz tu baca bab akhlak..sekali dia sentuh pasal marah..ye la, Nabi kan ada tegur sshabat supaya jangan marah..

sejak balik rehlah ni rasanya aku dah sikit cool, lepas mandi laut hari tu abang ada kata depan iyas, ummi tu mandi laut nak buangkan semua feel tak elok..huhu

tiap hari aku kata pada diri bahawa aku nak berubah, tapi mujahadah nya tak sungguh2 agaknya..waaaaaaaaaaaaaaa

abang nak guna komp plak ni,lain kali la tulis lagi..adios diari!

Selasa, 7 Julai 2009

relevan ke

blog ni dah bersawang hampir 2 tahun, last entry sebelum kawin..sekarang anakanda tersayang dah hampir 10 bulan..hehe..lama nye aku bercuti.

dear diary, relevan lagi ke untuk aku hidupkan kembali laman ni? kesibukan yang menghambat masa yang aku ada dah hampir menyesakkan nafas..dada ni dah mula terasa berat, apa tu ke petanda kurangnya bahagia? sekaligus petanda jaraknya aku dari Pencipta?

aku selalu percaya bahawa kekurangan yang dihadapi dalam komunikasiku bersama manusia berpunca dari rapuhnya tali hubunganku dengan Dia..

arrghh!!! mungkin doaku perlu lebih..semoga anak dan suami yang dianugerah ini tidak menjadi penghalang antaraku dengan Dia! moga juga aku dan anak serta suami ini tidak menjadi fitnah kepada Islam dan Muslimin!