Rabu, 29 Ogos 2007

curi masa

hari ni very busy.ada jamuan untuk adik2 PLPDT yang akan berangkat ke luar negara bulan depan..tak semena2 ditaklifkan untuk beberapa kerja..tapi takpe,lagipun sekarang ni dah jadi surirumah sepenuh masa..lebih banyak punya masa dari orang lain..

menu untuk hari ni..
1) nasi putih
2) sup tulang
3) ayam masak merah
4) ikan kering
... dan dengar2nya ada yang nak bawak budu n tempoyak.sedap tuu..

hehe..teringat pulak masa gi KL hari tu..ada adik tu tanyakan apa petua guna boleh buat kulit muka akak nampak cantik?ish..ish..camne nak jawab ni?very easy dik,rajin2 la makan budu!!kihkihkih

selalu orang tanye gitu..nape la asal nampak muka aku je,tu la soalannye..asal nak soal aku je,mesti sentuh tang muka ni..napeeee????nak kata cantik sangat,tak de la..(memang biasa je pon)...tapi dah banyak kali aku jawab suruh makan budu..terkezut depa..padan muka,suka sgt nanye org gtu..ingat aku tak malu ke dengan soalan tu..seme org pandang wajah aku bila dgr soalan tu..kan ke malu,bila yg pandang cakap..takde la lawa sgt..isk isk..

tapi walau camanapun,abang selalu pesan sejak kecik lagi..dik,ko jgn pakai pembersih muka ke pencuci muka ke..nanti ko terlupa pakai sekali @ dah takde duit lg nak cari supply nye..mahu bertompok2 muka ko,dik..guna air sembahyang je la dik,untuk naikkan seri muka tu..insya Allah wajah ko akan bercahaya..

so,in the end..aku tak habis duit beli barang2 tu..tak habis duit jgk utk beli bedak muka..bedak yg aku selalu pakai pun cuma bedak baby je..dulu waktu baru2 meningkat remaja,bedak baby aku 1 botol tahan 3 tahun (wah!!dahsyat tuuu)..hehe

hari tu ada terbaca,org dulu2 guna beras pulut buat bedak muka..muka pun jadi licin..tengok la dulu,bila2 senang aku try..tapi kan,kalau wajah aku putih,licin sekali pun..kalau hati masih kotor tentu tak guna kan?...

fikir..fikir..

Isnin, 27 Ogos 2007

merdeka part3

hai..bila la nak habis citer ni..hehe
$$$

“Ok Ja.Oleh kerana awak ni seronok sangat nak discuss pasal ni dari pagi tadi lagi, so saya nak tanya awak beberapa soalan.Boleh tak?”

“Ok. It’s doesn’t matter to me”

“Ja, jangan sombong tau! Nanti ……

“Nah, Ja! Apa korang berdua buat kat sini? Oooo … dating ye? Ni mesti ada apa-apa ni. Entah ntah tengah duk buat ketupat” suara Syah, rakan kamcingku yang seorang lagi menyampuk. Dari mana lah budak seorang ni muncul. Tiba-tiba aje dah ada kat depan mata.

Dia ni salah seorang rakanku yang cukup seronok untuk mengalunkan suaranya. 24 jam mulutnya tak henti-henti berceloteh. Takde brek ke? Alamak! Mataku menangkap wajah-wajah rakan yang lain. Aha! Kalau dah wujud Lin, Aya dan Ah,ini dah masuk dalam kategori murai tercabut ekor. Mau semput nafasku melayan karenah mereka nanti.

“Ha! Lin, Ah, Aya, Syah … pasal apa lah korang datang waktu ni? Ada hal important sangat ke?” soalku.

“Aduh! Pedih dan sedih dan syahdu dan sendu bercampur pilunya hati ini mendengar soalan yang keluar dari bibir tuan hamba itu …” ujar Lin sambil disambut gelak ketawa rakan-rakanku yang lain.

“Ya Allah ! Dah mula lah tu penyakit angin sastera angau dia tu. Ni belajar dari mana pulak ayat ni?” Ija bersuara.

“Belajar dari Ayah Su” sahut Ah sambil ketawa. Wajah guru Bahasa Melayu itu segera terbayang di fikiranku.

“Ok.Ok! Sudahlah tu. Asyik ketawa je.Saudara se Islam kita kat Bosnia tu entah dah berapa lama tak ketawa”

“Aduh! Terkena lagi saya yang nakal ini” Lin buat hal lagi.

“Ok. Sekarang ni topik Hari Kebangsaan. Yang lain tu sila tunggu giliran ye!” sampuk Aya. Deraian ketawa kedengaran lagi.

“Merdeka. Betul ke kita merdeka?” terpacul soalan dari mulut Syah. Rakan-rakanku yang lain ku lihat termanggu. Suasana yang riuh rendah tadi mendadak terhenti. Aku mengukir senyum. Pandai betul Syah memilih masa.

sambung lagi nampaknye..

Ahad, 26 Ogos 2007

adik termanja..



adik 'ter'manja..bukan dia saje2 nak jadi manja tapi dah semua orang 'memanjakan' dia,maka jadilah dia seorang yang manja..tapi tu citer lama,citer 10 tahun lepas..sekarang ni adikku yang satu2nye tu dah tak berapa manja..dah pandai kawal emosi..so,sekarang la time nye aku nak ambik giliran..hehe..

semenjak kecik tak penah terpisah dgn dia (mungkin sbb jarak kelahiran yg dekat)..sekolah taski sama2,madrasah sama2,maahad sama2..tetiba dia nak pi universiti yg lain..mengenangkan dah terlalu lama jadi kembar lain tahun dgn dia,so aku tekan signal masuk ke persimpangan yg lain..terbang ke tanah yg lain dari tempat yg dia pi..



dan hari ni,aku terpisah lg dari adik manjaku nih..dah besar panjang,dah boleh berdikari sendiri..kurelakan dia mencari rezeki di negeri orang..(awat sastera semacam nih!)..dan semalam bila aku call dia,dia dah datang buat semakan kat blog aku yg satu lagi tuh..alaaaa..ingat nak rahsiakan..hehe..

borak punye borak..citer punye citer..dia dah mengingatkan aku pada sesuatu..takk..banyak..

sebenarnye banyak projek yang aku nak buat kebelakangan ni tapi semua dah jadi angan dalam mimpi aje..nak buat barang2 utk lajnah ekonomi persatuan,nak habiskan terjemahan,nak sempurnakan tulisan2..nak kawin..hahaha



terbaru,nak completekan senarai silsilah nama2 kaum kerabat aku yang tak berapa nak boleh dikira dah tuh..fui!mau terbengkok tangan..tapi harap2nye lepas nih boleh berjumpa dgn mereka2 yg punye pertalian darah tapi dah terputus hubungan..mana la nak tau,seramai2 tu yang menjelajah dlm alam komputer ni..takkan la takde kaum kerabat aku mana2 sorang,kan?



'ala kulli hal pun..semoga aku diberi ruang masa dan kerajinan (yg paling penting nih)untuk siapkan semua projek2 'mega' nih..cheeewaaahhhh..



Ya Allah,aku berlindung denganMu dari sifat keluh kesah dan sifat malas..

Sabtu, 25 Ogos 2007

ilmu..

seminggu ni sibuk meng'gagah'kan diri..menguruskan projek khas 'mengemas rumah' ni rupanya boleh buat badan 'gagah' jugak..atau boleh jugak me'lemah'kan badan yang bukannya badan makhluk super mana-mana ni.. ;)

semalam senja,badan rasa letih tapi kepala rasa lega,hati juga rasa tenang..selesai sudah acara buat kali ini..sesekali aku terfikir,kalau untuk acara sekecil ini badan sudah rasa seperti dilipat dua..nanti untuk acara yang lebih besar,apa kudratku?

menerima berita-berita tentang teman-teman yang masih dalam medan perjuangan..sedikit memberi rasa iri (sebenarnya)..Allah aje yang tau betapa aku jugak ingin berada bersama-sama mereka..di medan ilmu..bermesra dengan buku-buku..menadah telinga di dewan belajar..indahnya..

ada teman yang sudah beberapa pusat pengajian dia merantau..terbaru bakal pergi ke bumi kelahiran RasuluLlah..bestnyer dier..tu aje yang mampu aku ucapkan..moga dia dapat memberi sumbangan kepada ummat nanti.

***buku terbaru yang dibaca:
ketika cinta bertasbih karangan kang abik lagi..dah aku habiskan semalam..menitis jugaklah setitik dua air mata ni..rasa insaf pulak bila baca pasal Azzam dan rakan seangkatannya yang cukup berusaha dalam pelajaran dan dalam hidup seharian sebagai orang Islam.

walaupun kadang2 rasa cam kang abik ni terlalu 'lebih' sangat bila tuliskan sifat2 watak2 dalam novel dia,tapi macam yang aku pernah sebut selepas baca "ayat-ayat cinta' tuh..tak mustahil ada manusia seikhlas Fahri atau Azzam sekali pun dalam dunia ni..sebab fitrah manusia ni sebenarnya mahukan kebaikan..cuma adalah apa2 halangannya..

yang paling aku jeles dalam novel ni ialah pada watak Anna Althafunnisa'..gadis muslimah yang solehah,punya tahap kecerdasan yang tinggi,rupa yang lawa..nape la semua orang yang baik2 ni lawa?agaknya sebab hati diaorang putih,so rupa depa nampak cantik..

tertarik hati aku bila baca saat Anna ingin membayangkan wajah Furqan yang meminangnya,tetiba ada sesuatu yang menahannya dan segera dia beristighfar..berapa banyak dah aku bayangkan wajah2 orang..tapi berapa banyak pulak yang aku istighfar kerana bimbangkan hati dikotori?..

fathrah ni memang waktu yang cukup kritikal bagi aku..nak ku hadirkan rasa muroqabatuLlah setiap masa tu kadang2 tak mampu..Ya Allah,ampunkan aku andai tulisan ini memberi dosa..ampunkan aku andai rasa ini memberi dosa..

Selasa, 21 Ogos 2007

patah pinggangku..

3 hari berturut mengemaskan ruang2 yg menyemakkan mata yg melihat..sudahnya,malam ni nak kemas bilik sendiri pun dah tak larat..dari tadi hampir setengah jam aku hanya duduk merenung kamar yang berselerak tu..

ya Allah,tolonglah berikan sedikit saja lagi kekuatan dan kerajinan kepada aku untuk menyudahkan kerja2 tu..selalu aku tegur orang lain yang buat kerja separuh jalan..hari ni aku pulak hampir2 mengulangi perbuatan tu..

hanya tinggal 2 hari saja lagi..esok kanda nak balik,anak2 nak berlarian dalam rumah ni..semuanya nak kena siapkan..ya Allah,peringatkan aku..nanti nak buat @ beli rumah,cari yg kecik or sederhana aje..rumah 2 tingkat ni buat nafas aku semput...

Ahad, 19 Ogos 2007

merdeka part2

‘Hidup ini bagaikan sebuah ladang.Di sini kita menanam dan menyemai, di Akhirat nanti hasilnya kita tuai.Hidup juga diumpama bak sebuah roda, sekejap di bawah, sebentar di atas.Andai kata kekecewaan menyapa diri, jangan putus asa.Cuba lagi kerana orang Islam itu tidak akan jatuh di tempat yang sama untuk kali kedua andai Quran dan Sunnah jadi pegangan hidupnya.’

“Nah,buat apa tu?”

Alahai!Datang lagi si Ija ni.Tak sempat nak ku habiskan helaian majalah Muslimah kegemaranku.Entah apa-apa pula ni.Hati kecilku berbisik melihat Ija melangkah ke arahku.

“Ada apa, Ja?Nak tanya esok hari apa lagi ke?” soalku.

“Aikk! Marah lagi?” ujarnya sambil menyambung.

“Sebenarnya saya datang ni saja nak bersembang dengan awak.Tak boleh ke?”

“Sembang tu tak apa.Tapi yang bermanfaat je tau!”

“Independence day.Tak salah kan?”

“Ok.Ok! I surrender.Dah angkat bendera putih ni.Let’s continue our chat.”

“Ha.Macam tu lah ciri-ciri pendakwah Wawasan 2020.Bersedia untuk berbincang pada bila-bila masa”

“Pandailah awak” aku menempelak.

“Pandai itu tak semestinya cerdik dan cerdik itu tak semestinya faham dan faham itu pulak ……”

“Dah.Dah! Cukup! Straight to the point lah.Jangan nak berfalsafah pulak kat sini.Nanti ada pulak yang tercampak kat tong sampah”

Ija ketawa mendengar amaranku.Sahabatku ni sememangnya tak usah diberi amaran,hasilnya tetap sama aje.Makin dibuatnya,ada lah.Pantang dicabar katanya.

...................sambung lagi..

Khamis, 16 Ogos 2007

bakat ke?

sempena hari kemerdekaan ke 50..aku menyambutnya dgn mengimbas kembali citer2 lama..ini ditulis oleh aku sendiri beberapa tahun yg lepas..berbakatkah seorg aku?hehe..tak berani nak share dgn public..

..........................................................................................................

MERDEKA !


ALLAHU AKBAR ! ALLAHU AKBAR !

Aku tersentak. Tidurku yang agak khusyuk terganggu. Seketika cuma … selimut yang membalut badan ku singkapkan segera. Pesanan ustazah dan kakak-kakak mengiringi tindakanku. ‘selepas azan dialunkan, selimut yang menyelimuti diibaratkan bak kulit babi’. Ish! Tak sanggup aku mengenangkan kata-kata itu. Selesai solat Subuh dan tadarrus Al Quran di musolla asrama, aku termenung di tangga bersama rakanku, Ija.

“ Hari ini berlainan dari hari-hari yang lain. Awak tahu kenapa, Nah?”

“ Entah! Apasal?” jawabku malas untuk berceloteh lebih panjang. Apa kenanya sahabatku yang seorang ni.Pagi-pagi lagi dah start celoteh.

“ Alah … awak ni macam katak bawah tempurung lah!” dia bersuara lagi.

“ Eh Ja! Apasal awak ni?Tak baik tau cakap saya camtu.Saya taulah apa yang awak maksudkan.Hari ni, hari Jumaat kan?So,apa yang ganjil dan berlainannya tu?” ujarku separuh geram.

“Ops!Alamak!Janganlah marah Nah,saya gurau aje.Ok,hari ini…memanglah hari Jumaat.Itu saya tahulah.Esok hari Sabtu,itupun saya tau juga.Tapi lusa…lusa hari apa?”

“Lusa hari Ahad lah pulak.Kenapa?”

“Ya Allah!Susahnya cakap dengan awak ni.Tak faham-faham lagi.Ok,lets me explain.Lusa hari Ahad dan merupakan ulangtahun kemerdekaan Malaysia yang ke 40.Independence day,faham?”

“Eh!Ya tak ya jugak.Fui!Terrorlah Bahasa Inggeris awak.Dah boleh speaking sekarang ni ye”kataku dalam nada mengusik.Ija hanya tersenyum,manis!

Sahabatku yang seorang ni sememangnya sudah termaklum agak expert dalam Bahasa Inggeris.Perkara itu tidak menghairankan aku tapi … dia ni termasuk jugalah di kalangan rakyat yang mengambil berat.

“Nah,dah lewat ni.Jom balik!”

...................................................................................................
to be continue

Isnin, 13 Ogos 2007

hobi buruk

hari ni dah hujung rejab..aku sempat pose 6 hari je..isk isk..dah janji dgn diri nak pose sebanyak mungkin di bulan Allah ni tapi banyak pulak halangannya..

hobi buruk aku dah dapat aku atasi slow2..tapi payah sungguh nak tinggal terus.ada yang nasihat aku dulu,kalau benda buruk kita kena tinggal terus.tapi kalau nak buat benda baik,buat sikit2..sikit takpe asalkan berterusan..

aku ni selain jadi ulat buku,aku juga seorang antu tv..macamana aku nak kikis hobi buruk ni tak tau lah..sekarang ni aku cuma mengadap tv isnin malam selasa (tgk siri CSI-crime scene investigation)..tak boleh nak tinggal citer2 detective ni..

tapi kadang2 terlanjur jgk aku tgk citer pasal manja tuh..ya Allah!tak tau lagi nak wat camne..mintak2 la rumah baru nanti takde tv..ya Allah,bagilah bakal suami aku tu tak suka tgk tv...

tapi disebabkan aku suka sgt tgk tv,aku cuba buat panduan bila menengoknye..antaranye,aku takleh tgk tv sesaje..maksud aku,tu hanye perbuatan sia-sia..aku tgk tv dgn mengambil apa yg boleh diambil faedah..

contohnya aku tgk citer2 kartun utk aku kuasai bahasa..di yaman pun aku antara penonton tetap citer2 kartun pagi2 tuh..sampaikan warden asrama selalu ingatkan aku bila jadual siaran kartunnya..lawak betul!

hari tu aku sibuk tgk siri drama korea..mungkin antara yg ter'best' yg pernah aku tgk..'jewel in the palace'..walaupun citernye sungguh panjang tp banyak yg aku boleh dapat dari citer tu..

jewel in the palace satu citer pasal seorang wanita yg menjadi tokoh besar di dlm istana raja waktu tu..menghadapi kesusahan dan keperitan dari kecil hingga dewasa,citer nih mengajar tentang sabar dan teguh semangat.

watak jang guem yang berusaha menunaikan hajat ibunya yg kena fitnah sekaligus membersihkan nama ibu bapa juga gurunya..part yg paling aku suka dlm citer ni ada banyaaak sgt tp yg paling aku suka adalah masa jang guem blaja memasak dan blaja utk jd seorg doktor..

begitu susah kehidupannya dan begitu rendah martabat seorg wanita di zaman itu..babak2 yg merendahkan kedudukan wanita tu betul2 buat aku rasa bersyukur dgn nikmat islam yg diberi..

islam datang dgn bermacam bentuk keindahan antaranya keindahan di dlm memberi penghormatan dan kedudukan yg istimewa kepada seorg perempuan..

begitulah..hobiku yg buruk cuba aku tukarkan kpd yg kurang buruk...semoga aku dilindungi dari sebarang keburukan yg akan memburukkan aku,keluargaku,agamaku..duniaku dan akhiratku..

Ahad, 12 Ogos 2007

saat boring melanda..

dalam hidup ni semua orang berkongsi satu perkara penting iaitu 24 jam masa sehari semalam..tapi kenapa 24 jam yang diberikan tu tak sama penggunaannya pada semua orang?

24 jam dibahagikan kepada 3 bahagian..8 jam untuk yg lain2 tu selalu terlebih guna bila 8 jam yang khusus utk ibadat tu selalu terkurang..

dalam hidup seharian,kenapa istilah boring diwujudkan..setiap detik yang aku lalui..setiap debu yang aku sapu..setiap bijik beras yang aku basuh utk ditanak menjadi nasik..emm

hari ni keboringan mengatasi rasa penat meneruskan tugas sbg surirumah..macamana seorang ibu yang bertugas di rumah mengatasi rasa ini?apa agaknya yang dia lakukan supaya hari yang dilaluinya dirasa penuh nikmat kebahagiaan?

utk mengubah keadaan diri bukan semudah mengelipkan mata sebenarnya..

Jumaat, 10 Ogos 2007

cuaca

dunia sudah nyanyuk?

apa sudah jadi pada keadaan cuaca di akhir zaman ni?semakin hari semakin menjadi2..aku bukan saintis yang mengkaji kenapa perubahan cuaca yang ketara berlaku..mana la aku nak tau samada fenomena el nino ke la nina ke..

tapi yang pastinya, semenjak 2 menjak ni panas betul la..ditambah dengan keadaan rumah aku ni,kipas 4 bijik pun rasa tak cukup nak menyejukkan badan..agaknya kalau risaukan bahang panas ni,aku kena duduk underwater dalam telaga depan rumah la jawabnya!

dari aku dapat ingat lagi..aku ni cepat sgt panas..lepas mandi pun rasa panas lagi,tengah hujan pun boleh berpeluh..saat aku jejak kaki kat yaman,satu perkara yang paling aku syukuri ialah udaranya yang sejuk..hehe..rumah sewa tu ada 3 bilik,salah satu bilik yang jarang didiami ialah bilik yang di bawahnya ada makhzan (store) air..tapi aku boleh pulak selamba pi bertapa dalam situ untuk study..

bercerita tentang kepanasan ni, teringat aku pada perbualanku dengan seorang junior di yaman..begini bunyinya..

aku : ya Allah..panasnya hari ni..tak tahan sungguh aku ni..rasa macam nak pi duduk dalam tab mandi jer..

junior : amboih! panas apanyer?sejuk je nih..darah apa akak nih?

aku : nak wat camane..dah memang dari dulu badan biasa panas gini..

junior : nyakit berat tu..tak gi cek doktor ke?ada nyakit apa2 kot?

aku : hei..tulong skit eh..sihat walafiat nih..

junior : rasanya saya tau kenapa..

aku : nape?

junior : ustaz saya kata kalau asyik rasa panas je..tu tanda2nya la tu..

aku : tanda apa?

junior : banyak dosa!!

.....dan aku pun terkedu.....

Rabu, 8 Ogos 2007

tepatnya lesungku

sudah 8 bulan bergelar housewife..kadang-kadang jadi nurse..penatnya usah kira..sape kata jadi surirumah ni senang?baru terasa betapa sukarnya hidup seorang wanita yang bergelar ibu..

ada yang berpesan..nak duduk rumah perlu tabah..mesti nak banyaaakk sabar..aku senyum cuma..kerana fikiranku banyak tertumpu pada rancangan yang boleh dilaksana jika diam di rumah..

'jadual itu janji' - kata kang abik dalam novelnya. tapi jadualku di rumah ini banyak jadi janji yang dimungkiri! Gimana ni ya Allah??

sepanjang berumah di yaman ada banyak perkara yang dipelajari..antaranya ada 2 benda yang masih segar di ingatan..bagaimana pakai kain batik dengan betul (wah!jadi perempuan melayu terakhir nih!) dan alunan lesung yang ber'hantu'..

hayun lesungnya -kata 'guru'ku,mesti betul..hentaknya mesti tepat..cepat lumat dan tak terpelanting keluar..lagi satu, lagunya perlu sedap (kononnya org tua2 dulu ada irama hentakan lesung tersendiri)..

memerhati hayunan lesungku hari ni..seperti menyaksikan jalur-jalur hidup aku selama ini..masih tak tepat,masih terpelanting keluar,masih tak lumat...

adakala aku terbang menjalani hidup..kekadang aku berlari pula..tiba-tiba aku terjatuh jugak.. mana mungkin aku mengharap untuk terbang selamanya..kerna sayapku ada yang carik....isk isk isk..astaghfiruLlah