Rabu, 14 November 2007

masa


masa yg berlalu..lagi 38 hari..akhir zaman ni,masa berlalu dengan cepatnya.

tapi berapa ramainya manusia suka2 hati dia je buang masa..hari tu aku naik bas dengan member..gugup la plak naik bas ni..maklum la,semenjak balik dari mengaji seberang laut tu la first time aku naik bas biasa..bas ekspress tu dah banyak kali sebab balik dari KL itu hari pun naik bas ekspress jugak..

nak dijadikan citernya,dek kerana ramainya manusia yg wujud atas bas tu (masih ramai yg belum mampu punya kenderaan macam aku agaknya!)..maka terpaksa aku ngan member ni berdiri..lenguh tu toksah kira la..

sedang suk syok bercerita dengan member,tetiba aku dengar mamat2 kat belakang gelak2..bestnyer dia..fikirku sebab diaorg dapat duduk dgn enaknya,pasal tu depa gelak..lepas tu aku dengar pulak pak cik yg berdekatan mendengus..cuit kawanku,cuba ko diam jap..dengar apa yg org dlm radio tgh cakap..aku pun diam la..

lalu hinggap la di cuping telingaku ni..perbincangan yg sedang berlangsung..kata DJ radio tu (takyah sebut la radio apa)..

"baiklah pendengar sekelian..sekarang kita buka talian..kalau ada yang punya pengalaman atau sekadar pendapat,sama2la kita kongsikan bersama..bersama anda sekarang di radio..dot dot dot.."

hah..tak tau lagi apa yang aku maksudkan dengan buang masa kan?mungkin bagi org lain benda ni dah jadi perkara biasa..tapi bagi aku yg baru pulang dari tanah tempat yg aku cuma dengar perkataan2 yg elok2 dan bermanfaat aje ni..wahhh!!!terkejut badak mendengarnya..

kata DJ tu " kita akan bincangkan berkenaan 'apakah warna baju dalam yg pernah @ akan anda belikan untuk teman wanita anda'...apakah warna hitam lebih sesuai atau yg colourful skit untuk org tersayang..."

apa laa punya takde kerja nak buat...apa punya otak yang dicipta utk berfikir perkara yg lbh mahal harganya..

tapi mungkin jgk ada yg kata biasa la tu...no!bg aku benda2 macam ni bukan biasa..helllooo..dia kata utk girlfriend bukan utk wife!!kalau utk seorg isteri sekalipun,apa ke pekdahnya nak bincangkan pada public..ye..ye..aku tau la dlm radio tu boleh dengar suara je,tak nampak muka..tapi kan..ishhhh

teringat aku pada satu citer omputeh..ada scene tentang girls kena molest dek boys kat kedai runcit,budak tu bgtau mak dia and then kata:takpe mak,benda tu biasa je..tapi the mother said:no!it's not biasa..bila kita dah anggap benda tu biasa,maka kita akan jadi org yg tak hiraukan apa2 kesalahan yg berlaku w/pun ia berlaku kepada diri kita sendiri!

ibarat kata ust akhil hayy:ibu2 tgh lepak2 atas tangga rumah,sorang bagitau..anak aku kena rogol semalam..sorg ibu lg menyampuk..a'ah,anak aku kena minggu lepas..

see!!sekarang ni kita macam dah takde perasaan bila baca papers yg ada berita rogol,bunuh..abih2 pun yg kita ckp cuma..ish..takde berita lain ke?asyik2 rogol,bunuh..rogol,bunuh..and then kita terus selak papers tu,lipat and letak atas meja..dah tu zzzzzzzzzz.habis cerita..

emm..tetiba aku naik semangat melebih2 plak ni..kena stop dulu la..berhati2 dengan lidah sendiri..sebab semuanya akan ditanya di mahsyar!

Tiada ulasan: