Sabtu, 25 Ogos 2007

ilmu..

seminggu ni sibuk meng'gagah'kan diri..menguruskan projek khas 'mengemas rumah' ni rupanya boleh buat badan 'gagah' jugak..atau boleh jugak me'lemah'kan badan yang bukannya badan makhluk super mana-mana ni.. ;)

semalam senja,badan rasa letih tapi kepala rasa lega,hati juga rasa tenang..selesai sudah acara buat kali ini..sesekali aku terfikir,kalau untuk acara sekecil ini badan sudah rasa seperti dilipat dua..nanti untuk acara yang lebih besar,apa kudratku?

menerima berita-berita tentang teman-teman yang masih dalam medan perjuangan..sedikit memberi rasa iri (sebenarnya)..Allah aje yang tau betapa aku jugak ingin berada bersama-sama mereka..di medan ilmu..bermesra dengan buku-buku..menadah telinga di dewan belajar..indahnya..

ada teman yang sudah beberapa pusat pengajian dia merantau..terbaru bakal pergi ke bumi kelahiran RasuluLlah..bestnyer dier..tu aje yang mampu aku ucapkan..moga dia dapat memberi sumbangan kepada ummat nanti.

***buku terbaru yang dibaca:
ketika cinta bertasbih karangan kang abik lagi..dah aku habiskan semalam..menitis jugaklah setitik dua air mata ni..rasa insaf pulak bila baca pasal Azzam dan rakan seangkatannya yang cukup berusaha dalam pelajaran dan dalam hidup seharian sebagai orang Islam.

walaupun kadang2 rasa cam kang abik ni terlalu 'lebih' sangat bila tuliskan sifat2 watak2 dalam novel dia,tapi macam yang aku pernah sebut selepas baca "ayat-ayat cinta' tuh..tak mustahil ada manusia seikhlas Fahri atau Azzam sekali pun dalam dunia ni..sebab fitrah manusia ni sebenarnya mahukan kebaikan..cuma adalah apa2 halangannya..

yang paling aku jeles dalam novel ni ialah pada watak Anna Althafunnisa'..gadis muslimah yang solehah,punya tahap kecerdasan yang tinggi,rupa yang lawa..nape la semua orang yang baik2 ni lawa?agaknya sebab hati diaorang putih,so rupa depa nampak cantik..

tertarik hati aku bila baca saat Anna ingin membayangkan wajah Furqan yang meminangnya,tetiba ada sesuatu yang menahannya dan segera dia beristighfar..berapa banyak dah aku bayangkan wajah2 orang..tapi berapa banyak pulak yang aku istighfar kerana bimbangkan hati dikotori?..

fathrah ni memang waktu yang cukup kritikal bagi aku..nak ku hadirkan rasa muroqabatuLlah setiap masa tu kadang2 tak mampu..Ya Allah,ampunkan aku andai tulisan ini memberi dosa..ampunkan aku andai rasa ini memberi dosa..

Tiada ulasan: