Khamis, 16 Julai 2009

lama

kesibukan dan ketiadaan idea..

minggu ni kepala pusing memutar..dengan kerja rumah, komunikasi and also pilihanraya tentunya..

buat pertama kali terasa nak tulis pasal parti dalam blog ni...PAS menang lagi di Manik Urai..walau majoriti tipis tapi menang juga..

semalam digerakkan hati ikut usrah oleh ustaz baru di markaz..betul la, lain orang lain fahamannya berkenaan sesuatu kejadian..bila menang pilihanraya besar yg lepas ada yg sukahati..seingat aku, rumah kami pun turut bergegar malam tu..

mak aku sampai tidor pukul 3 pagi nunggukan keputusan..ayah yg uzur tu pun turut sama tak tidur..punya la semangat..sekali tau,menang dah 5 negeri..fuuyooo

tapi bagi yang faham isi tersirat dari yg tersurat tentu berbeza cara penerimaannya, mungkin ada yang tersedak kejap..apa la ujian yang nak ditunjukkan oleh Allah dgn kemenangan ni?

kata orang, kalau nak tau peel seseorg, tengok bila dia senang atau ada pangkat tinggi..ye, sememangnya mempertahankan kemenangan lebih sukar daripada menang!!

apa pun, setiap kita akan merancang dan berusaha melaksanakan perancangan namunsiapa yg tahu mungkin rancangan Allah lebih bererti buat kita.....

annyeoung!

Tiada ulasan: